nurul's song

Monday, 16 November 2020

What is block? ( penerangan dalam BI dan BM )


What is a block ? 👀 

- Block ialah langkah pertama dalam buat pola baju, ia juga dipanggil sebagai 'master pattern'. Ia didraft mengikut ukuran saiz yang tertentu. Bila dah ada block yang bersesuaian dengan tubuh badan kita, kita boleh manipulate block tersebut menjadi pelbagai design menggunakan teknik manipulation. Dan fit daripada block itu akan sama untuk semua design baju yang kita jahit tidak kira apa pun design.

How to choose the block's size? Cara pilih saiz block ( penerangan dalam Bahasa Melayu )


- block yang saya buat ada saiz 6, 8 , 10 ,12, 14, 16, 18, 20, 22, 24 dan 26. Jadi bila pilih saiz block, pilih saiz yang paling dekat dengan saiz kita. 

Tips pilih saiz block :

- ambil ukuran dada, pinggang dan punggung tanpa letak kelonggaran, ambil yang tepat sebab block yang saya buat sudah termasuk kelonggaran.

- masa ambil ukuran kita tu, pastikan kita atau client pakai pakaian dalam yang akan dipakai dengan baju yang kita nak buat nanti. Baru la fit dia cantik.

- katakan saiz kita diantara 8 - 10, ambil saiz yang besar sikit tu, saiz 10. Kita boleh alter kecilkan sendiri nanti.

How to use the block? Apa nak buat bila dah dapat blok nanti?


Bila da ada block, jahit toile (baju untuk test fit) menggunakan kain calico untuk test fit block ni.

- Dengan menggunakan kain calico yang berwarna cerah, apabila kita test fit baju itu, kita boleh conteng jika ada apa apa perubahan yang perlu dilakukan pada toile tersebut.

- Kemudian alter supaya fit nicely pada badan kita atau client.

contoh : nak alter besarkan atau kecilkan leher, pinggang, punggung, lubang lengan dan lain lain. Bila dah take noted, nanti betulkan toile sampai kita rasa puas hati dengan fitnya. Nanti next time apa apa design baju yang kita buat akan nicely fit dengan badan kita.

- bagi saya fitting yang saya suka adalah keselesaan bila pakai baju tersebut. Tidak nampak terlalu besar atau sendat just nice.

- bila dah dapat fit yang terbaik, kita boleh guna pelbagai teknik untuk manipulate block tu jadi design yang kita nak. Contohnya abaya, blouse, baju kurung kedah, pahang, kebaya dan paling best boleh buat baju kawen sendiri sebab kita dah sure.. fit dia terletak cantik sebab kita dah buat yang terbaik dari block tu.

- kalau saiz badan yang memang da okay dengan block tu, bila toile pon ok.. lucky you, senang boleh terus buat design yang kita nak. 

Okay jadi next post saya akan pamerkan dan jelaskan block block yang ada. 😊

Kalau ada apa apa pertanyaan atau sesuatu yang tidak jelas boleh ajukan soalan pada nurul. Feel free to ask ✌😙

No comments:

Post a Comment